Pages

Sunday, June 16, 2013

❤ S.E.L.A.M.A.T. H.A.R.I. B.A.P.A .U.N.T.U.K. A.Y.A.H❤




ASSALAMUALAIKUM

Haluu wah rajin pulak aku update belog ni kan..

ekekeke

so hari ni 16 Jun 2013 adalah HARI BAPA

SELAMAT HARI BAPA kepada semua yang bergelar  bapa di dunia

ini tidak kiralah bapa kandung/ bapa tiri/ bapa angkat. 

Selagi dia bergelar bapa/ ayah/ abah/ abi/ papa/ daddy 

kepada kita semua anak-anaknya..





My great father figure of course la my dad


the best in the WORLD..hehehe

Tentu la semua orang akan kata eh bapak aku lagi best

yang ni pulak kata eh bapak aku aaa..

dah dah jangan gaduh oke

pada kita mestila bapak kita yang terbaik kan kan kan

lalalaaa 



Ayah & Arwah mak


For you my lovely dad

Thank you ayah for always taking the time to understand

and hear whatever I always trying to express.

 Thank you for always being there with your support

and encouragement.

You are the most wonderful ayah



 



SELAMAT HARI BAPA



Buat ayah,


Hatimu..

Tersimpan sejuta kata-kata

Tak terluah oleh suara

Tak tertulis oleh madah

Kerna..kau bernama AYAH


Tidak ku ketahui dalam hatimu

Tidak ku fahami di benakmu

Tidak ku tahu jiwamu

Namun ku lihat dirimu

Ku lihat kesengsaraanmu

Ku lihat kudratmu

Demi kebahagiaan kita bersama

Usahamu menuju kehidupan yang abadi

Kerna..kau bernama AYAH




Nota: Selamat Hari Bapa kepada ayah, Encik Abdul Wahab bin Idris.
          Adik tahu selama ni sejak arwah mak tinggalkan kita semua, 
          ayah sunyi meniti kehidupan sendiri. Tapi, ayah sembunyikan       
          apa yang ada dalam hati ayah dari kami semua. Hanya doa yang 
          dapat dipanjatkan agar ayah sentiasa dilindungi Allah S.W.T, 
          diberi kesihatan yang baik dan dipanjangkan usia 
          agar kami dapat terus berkhidmat untuk ayah... 



ADIK ❤ AYAH










Thursday, May 9, 2013

✿ Ulangtahun Percintaan yang ke-3 ✿








SELAMAT ULANGTAHUN PERCINTAAN YANG 
KE-3




  ASSALAMUALAIKUM...

Fuh..dah lame tak menjengok incik belog ini kan..

Sepuluh ribu tahun diabaikan oleh aku..hakhak

Tetiba mood datang untuk menjengah sebentar disini..



TAHUKAH KAMU SEMUA?


Hari ini 09.05.2013 adalah genap 3 tahun aku dan Incik Chenta

berpacaran...ececehhhh...malu..

Pejam celik pejam celik dah 3 tahun kami bercinta..

Cepat betul masa berlalu..

Kalau time tu kami dah kawen,

dah ada anak umur 2 tahun kot..HOHO..

tapi hakikatnya kami masih belum bertukar status lagi. T    T

Ini bermaksud dah 3 tahun juga la kami sudah berkawan,

berlawan, bergelak bersama, menangis, berkelahi

(Eh macam banyak hal-hal yang menyedihkan jer..huhu)

Tak per...bersabar dengan ketentuan-Nya. Pasti ada hikmah






Oke..oke x mo sedey sedey!  *kesat air mata*

nak citer selama 3 tahun ni bagaimana  kami mengemudi bahtera

percintaan ini.

eceh..begitu ye ayatnya..ayat novel x abes..haha


Alhamdulillah ku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana


telah memberikan aku merasai kebahagiaan ini.

Pertemuan yang tidak dijangka di antara aku dan dia

telah membuahkan bibit bibit cinta   ..hoho..




Oke selama 3 tahun ni, kami tidak menghadapi

sebarang masalah besar..

ALHAMDULILLAH..

Kalau bergado pon, gado manja gitu..hehe

Kadang ade gak ah tekanannya. Tekanan osmosis itu xpe.

Masih boleh handle..syukur alhamdulillah dengan

 kesabaran dan keimanan yang diberi.

Moga tahun ini memberi aku sinar kebahagiaan

untuk bertukar status pula..ehem ehem..

Mungkin sekarang masih belom ada rezeki..

bersama kita berdoa..


 
Doakan moga hubungan aku dan dia kekal hingga hujung nyawa.

InsyaAllah .


Oke oke takmo la taip panjang panjang.


Buat dirimu, Mohd Amry bin Rahmat

Walaupun saya tahu kamu tak baca belog ini 

kerana sibok dengan urusan rasmi Kerajaan Isketambola, 

maka sila check SMS di henfon kamu saja...

Sekian, terima kasih.

-3 years and happily counting-


 Jumpa lagi next episod ceritera cinta si tembam.

Kahkahkah..oke bai!

 

❤ ❤ ❤